Gana dinero online

Monday, January 7, 2008

Ada apa pada Chua Soi lek?

Berikutan isu hangat Chua Soi Lek baru-baru ini, ramai menteri dah jadi takut kaau-kalau mereka pula menjadi mangsa ke'kantoi'an seterusnya. So apa yang dah jadi dengan Chua Soi Lek sekarang ni? Ada apa pada Chua Soi Lek?

Aku ambik sedikit dari beberapa akhbar utama negara pasal Chua Soi Lek.

1) MCA bermesyuarat cari pengganti Soi Lek

MCA bermesyuarat cari pengganti Soi Lek
08/01/2008 2:59pm


KUALA LUMPUR 8 Jan. _ MCA hari ini bermesyuarat difahamkan bagi membincangkan pengganti untuk mengisi kekosongan jawatan dalam parti yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Bekas Naib Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Johor itu melepaskan kesemua jawatannya dalam Kabinet, parti dan Ahli Parlimen Labis ekoran skandal cakera video digital (DVD) rakaman aksi seksnya dengan seorang kenalan wanita tersebar luas baru-baru ini.

From: Utusanmalaysia

2) Jangan buat spekulasi – Musa

Oleh SHARILFUDDIN SAARI

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Polis meminta semua pihak supaya tidak membuat spekulasi berhubung kes cakera video digital (DVD) rakaman aksi seks bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ini kerana pihaknya masih menyiasat kes itu dan memerlukan masa yang cukup untuk menyelesaikannya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tempoh masa yang diperlukan untuk menyelesaikan kes itu dan enggan mengulas sama ada polis sudah mengenal pasti motif atau dalang di sebaliknya.

Ditanya sama ada terdapat individu lain yang akan dipanggil memberi keterangan membantu siasatan dan juga tangkapan terbaru kerana mengedar DVD tersebut, beliau menjelaskan:

“Kita masih siasat, saya tak mahu melaporkan (kepada media) setiap perkembangan kes ini pada tiap-tiap hari,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Pengisahan Sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini hari ini.

Setakat ini, tiga orang termasuk seorang wanita pengusaha salon ditahan oleh polis Johor kerana disyaki mengedar DVD tersebut.

Selain itu, polis juga telah mengambil keterangan Soi Lek untuk membantu siasatan pada 3 Januari lalu.

Sebelum ini, Musa telah mengumumkan penubuhan sebuah pasukan khas di bawah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi menyiasat kes terbabit.

Sementara itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengkaji untuk memasukkan kisah pengalaman penerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB) dalam modul latihan dan pengajian khusus bagi pegawai dan anggotanya pada masa depan.

Musa berkata, beliau yakin cara itu akan membina sahsiah diri, membentuk jati diri dan peningkatan patriotisme di kalangan warga PDRM.

Sehubungan itu katanya, beliau mahu semua anggota dan pegawainya mengenali lebih dekat penerima pingat- pingat itu terutama di kalangan PDRM dan mempelajari pengorbanan serta kejayaan yang dicapainya.

“Saya melihat sejarah sesuatu yang perlu diketahui oleh pegawai dan anggota serta perlu dipelajari. Melalui sejarah mereka boleh belajar daripada kesilapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Pengisahan Sejarah PDRM - Warisan Perjuangan Perwira Sang Saka Biru di Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini, hari ini.

Hadir sama 20 daripada 38 penerima SP dan PGB PDRM yang masih hidup.

Program pengisahan sejarah anjuran kerjasama IIM dan Arkib Negara itu diadakan dua hari mulai semalam.

Musa memberitahu, pada masa ini tujuh anggota dan pegawai yang menerima pingat SP dan PGB masih berkhidmat dalam pasukan.

Katanya, mereka adalah perwira negara yang menyumbang sebahagian besar dari kehidupan dengan menyerahkan jiwa dan negara demi negara.

From: Utusanmalaysia

3) Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?
Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali

Sat Jan 05, 08 12:56:53 pm MYT

Kata Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak tentang skandal seks, ahli-ahli parti mesti berdisiplin dan berkelakuan sewajarnya pada bila-bila masa. Oleh kerana Pilihan Raya Umum (PRU) akan berlaku bila-bila masa, isu yang melibatkan kepimpinan parti akan kerap muncul. Itu kata-kata Najib.

Kata Menteri KEKKWA dalam TV pula, sebagai pemimpin kita seumpama duduk dalam rumah kaca, sentiasa diperhatikan. Jadi kena jaga kelakuan biar bersesuaian dgn budaya dan etika.

Begitulah komen pimpinan Umno, tiada langsung menyebut tentang masalah moral dan akhlak, tiada langsung rujukan kepada larangan Allah, tiada tersentuh langsung dosa dan pahala. Yang ditakuti ialah imej yang tercemar, budaya dan etika. Yang dirisaukan kerana pilihan raya sudah dekat, kalau baru menang PRU mungkin akan dikatakan buatlah semahunya, bukankah rakyat Malaysia cepat lupa?

Skandal seks bukan sahaja isu MCA, tetapi juga isu Umno dan MIC. Saya bukan bercakap omong kosong. Fail-fail mahkamah membuktikannya. Mungkin Dolah, Najib dan Rais Yatim sudah lupa atau buat-buat lupa, tapi saya dan saya percaya ramai lagi tidak lupa. Tentu masih ingat kes skandal seks Vijandran di mana bahan bukti 'hilang' dari simpanan polis. Masih baru lagi rasanya dalam ingatan saya bagaimana seorang Ketua Wanita Umno sebuah kawasan pinggir KL mati dibunuh di sebuah hotel di Pudu. Begitu juga kes Ketua Wanita Umno Sabah juga mati dibunuh dalam hotel.

Sungguh memalukan apabila dalam perbicaraan kedua-dua kes bunuh itu, didedahkan pemimpin Wanita Umno melakukan hubungan seks terlarang dengan pasangan masing-masing yang sudah tentunya bukan suami mereka. Malu dan mengaibkan. Oleh kerana cerita itu jauh dari PRU maka kes tersebut 'hilang' begitu sahaja dalam mahkamah.

Jangan disebut lagi cerita-cerita yang didengar tentang pemimpin yang dikatakan terlibat dengan gadis bawah umur, merogol pembantu rumah sehingga mengandung, ditangkap khalwat, hubungan dengan artis dan selebriti. Masa kempen pilihan raya kecil di Kelantan pun, ada wakil rakyat yang ambil kesempatan berasmara-dana dengan senator!

Sorang suami orang, sorang lagi isteri orang. Itu belum disenaraikan lagi pimpinan BN yang berjudi hingga berhutang berjuta RM, yang tidak segan silu minum arak dan mengaku pula tu, yang nampak bersahaja memegang bahu wanita bukan mahramnya, yang berpeluk dan berlaga pipi kerana terlalu 'happy'. Ini semua budaya mereka, Cuma jangan bocor atau kata budak-budak sekarang 'jangan kantoi' macam Menteri Kesihatan.

Bekas Menteri Kesihatan sekurang-kurangnya berani mengaku di hadapan rakyat, yang lain-lain sembunyi belakang seluar dan baju kot 'bos'. "U scratch my back, I scratch your back". Pandai makan pandai simpan. Yang lagi smart, jika kantoi, hantar kapak untuk diamkan macam kes Mustakizah, bagi minum racun macam kes heroin filem Tamil yang dikatakan ada skandal dengan anak menteri. Yang paling smart bila kantoi, letupkan aje dengan peledak C4, biar hancur berkecai bahan bukti hidup yang boleh bercakap.

Kepada saudara mara saya yang masih duduk dalam kapal Umno: Kak Mun, Abang Man, Dato Wan dan Datin serta yang lain-lain, insaf-insaflah. Sudah-sudahlah tu. Takkan kita nak terus menerus sokong kemungkaran yang berlaku depan mata. Lepas satu, satu telur tembelang Umno/BN pecah, baunya membuatkan kami semua muntah. Larat lagi ke nak duduk dalam kapal tu? Berbaloikah kerja keras Kak Mun? Kata-kata Najib dan Rais jelas membuktikan tiada nahi mungkar dalam Umno/BN. Amal maaruf mungkin ada, tetapi nahi mungkar, nahi!

Kepada Sahibus Samahah Mufti yang kuat mempertahankan sunnah, yang dengar cerita berjalan jauh dibawa menantu PM, takkan nak diam diri. Bersuaralah, katakan sesuatu. Kapal Umno/BN semakin pincang dan senget. Kalau setakat jadi pegawai kerajaan tu biasalah, tapi kalau dah bersekongkol dan cenderung dengan program parti, itu namanya telah lari dari landasan dan tujuan asal pegang jawatan Mufti, atau mungkin juga firasat saya salah kot. Bimbang bila dah termakan budi tak sanggup nak kritik dah lagi.

Polis pun turut melatah. Turun sedozen ahli-ahli forensik polis. Yang disiasat hotel tempat berlaku adegan panas. Perlakuan yang panas membakar, jijik, hina, berdosa dan salah disisi undang-undang negara pun nampak macam tiada tindakan akan diambil. Melakukan zina, melakukan seks luar tabii dan menonton bahan lucah semuanya salah di sisi undang-undang negara. Kira dah letak semua jawatan selesai kes, tutup fail, buang dan bakar DVD. Cukuplah tu, jangan diganggu lagi dia, malah bagi liputan untuk dia menyuarakan luahan hati dan perasaan. Jadikan dia hero kerana berani bukan kerana benar.

Letih dan lemas kita dengan bau busuk bangkai dan telur tembelang Umno/BN. Yang malu bukan sahaja ahli Umno/BN tetapi kita juga selaku rakyat Malaysia. Selepas ni mana nak letak slogan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Amalkan cara hidup sihat, jauhi seks bebas, cegah HIV/AIDS. Selepas ini apa kita nak cakap kepada remaja-remaja dan budak sekolah dalam kempen KKM. Jangan berzina, tapi kalau nak buat juga pakai kondom dan jangan kantoi!

Astaghfirullah... sesak dada sebab SOB (short of breath).

From: Harakahdaily.net

P/s: Panas...panas...nama perempun tu Agelina Yam. Boleh diringkaskan jadi A. yam...nak ringkas lagi? Ringkaskan sendiri. hehe

0 comments: