Gana dinero online

Monday, January 28, 2008

Tak berani panggil Anwar sebagai saksi. Suruhanjaya takut kantoi?

Pita Lingam : Suruhanjaya buat keputusan tidak panggil Anwar
Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Jan 28, 08 | 4:20:03 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Suruhanjaya Siasatan Diraja yang menyiasat klip video 'Lingam' menetapkan badan itu tidak akan memanggil Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi selain tidak memanggil dua lagi pemimpin parti itu. Meskipun Anwar, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Pegawai Khas Anwar, Sim Tze Tzin telah disapina oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dxan antara saksi penting yang mendedahkan klip itu, namun mereka tidak akan dipanggil menjadi saksi.

Selain itru juga dua saksi rahsia yang ditawarkan oleh Anwar, juga tidak akan dipanggil memberi keterangan yang dilanjutkan hingga Rabu ini.

. Tan Sri Haidar Mohd Noor yang mempengerusikan suruhanjaya itu yang menyambung persidangannya pagi tadi berkata, keterangan yang hendak diberikan oleh mereka tiada kaitan langsung dengan siasatan yang dijalankan.

Suruhanjaya itu telah mendengar hujah peguam Anwar, M.Puravelan berhubung relevannya saksi-saksi tersebut perlu dipanggil memberi keterangan.

Anwar juga telah mempersoalkan tindakan suruhanjaya tersebut yang melengah-lengahkan untuk memanggilnya sebagai saksi, sedangkan beliau telah disapina untuk memberi keterangan.

Di samping memberi bukti-bukti baru kepada suruhanjaya tersebut, Anwar yang mendedahkan klip video tersebut September lalu, berkata adalah penting untuk beliau memberi keterangan kerana namanya turut disebut dalam video berkenaan.

Peguam Anwar yang berhujah hari ini menyatakan, kehadiran Anwar adalah penting kerana bekas Timbalan Perdana Menteri klip video yang baru yang boleh menguatkan dakwaan mengenai skandal dalam badan kehakiman.

Terkini, Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin yang memberikan keterangan di hadapan suruhanjaya petang tadi menafikan beliau pernah menerima hadiah daripada Lingam.

Eusoff berkata dakwaan kononnya beliau menerima dompet, beg tangan wanita dan telefon bimbit daripada Thirunama Karasu, adik lelaki Lingam, adalah rekaan dan satu pembohongan.

Bekas Ketua Hakim Negara itu juga menolak dakwaan kononnya Lingam pernah datang ke rumahnya dengan membawa beberapa fail dan mengadakan perbincangan dengannya ketika beliau masih memegang jawatan itu.

Eusoff berkata Lingam tidak pernah meminta pertolongannya atau mengatur pelantikan hakim selepas beliau bersara.

0 comments: