Gana dinero online

Tuesday, January 8, 2008

Rafidah ucap Selamat Datang untuk Anwar bertanding di Kuala Kangsar Pilihanraya Umum nanti

Baru-baru ni ada terdengar ura-ura yang Dato Seri Anwar Ibrahim membayangkan hasrat menentang Rafidah Aziz dalam pilihanraya umum akan datang di Parlimen Kuala Kangsar.

Kalau takda main tipu, takda halang ceramah, takda pengundi hantu, takda pengundi 'tua ratusan tahun', takda pengundi 'muda tak cukup umur', dan takda politik wang, saya yakin yang Rafidah akan kecundang dalam pilihanraya tu. Sebab apa? Ada banyak sebab. Ni antaranya...

1)Imej
2)Siapa lebih berkaliber
3) Pengalaman
4) Perjuangan
5) Pidato Anwar yang hebat
6) Isu-isu AP rafidah yang memang hangat dan hot
7) Dan pelbagai lagi yang me'mastikan' kekalahan Rafidah aziz kepada anwar dalam pilihanraya umum kerusi parlimen pada pilihanraya akan datang kalau Dato seri anwar bertanding di sana.

Syaratnya, jangan main tipu.

Ni sedikit cebisan dari utusan malaysia.

Selamat datang Anwar – Rafidah

PUTRAJAYA 8 Jan. – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz bersedia berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu mencabarnya di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Menurutnya, beliau ada mendengar ura- ura Anwar mahu mencabarnya pada pilihan raya umum nanti dan tidak gentar menghadapinya.

‘‘Saya dengar Anwar Ibrahim hendak bertanding mencabar saya, jadi, selamat datanglah,” kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan dialog bersama Badan-Badan Ekonomi Melayu anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di sini hari ini.

Terdahulu ketika mengulas kenyataan Anwar yang mahu menurunkan harga minyak seandainya dapat mengetuai kerajaan, Rafidah menyifatkan ia sebagai tindakan tidak rasional.

‘‘Hendak turun minyak apa? Minyak lenga (bijan). Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersidang tiap-tiap hari pun tidak boleh menurunkan harga minyak yang kini melambung di pasaran,” katanya.

Dari: Utusan malaysia

P/s: Kita lihat perkembangan selanjutnya nanti mengenai isu Anwar menentang Rafidah ni.

0 comments: